Thursday, February 4, 2010

DKN di MPH dan akhbar Harian Metro



Buku Diari Khidmat Negara diulas dalam ruangan Mutiara Minda MPH, di akhbar Harian Metro 11 Ogos 2009





Dipamer atas rak hadapan kedai buku Mid Valley MPH.... Disember 2009




Terselit di sebelah buku Potret Seorang Negarawan, Tun Hussein Onn dan Onn Jaafar. Terima kasih kepada MPH!

Tidak sangka buku tulisan saya, akhirnya dapat diterbitkan. Terima kasih kepada Excel Writers. Sewaktu ditunjukkan kepada salah sebuah penerbit buku terkemuka tanah air, editor terbabit meminta menukarkan nukilan saya ini ke dalam bentuk novel. Saya tidak bersetuju kerana tidak mahu mencampur-adukkan cerita rekaan dengan pengalaman sebenar.

Justeru, saya mempertahankan cadangan untuk membukukannya dalam bentuk kisah pengalaman bergambar. Buku ini ditulis mirip novel mengandungi dialog-dialog sebenar, yang tentunya mengimbau kenangan saya dan rakan-rakan yang menjadi `watak-watak' penceria sewaktu di kem.

Pengalaman menghasilkan buku ini memberi kesedaran kepada saya, bahawa penulis tidak semestinya mengikut kehendak penerbit. Jika kita tidak dapat menuruti cadangannya atas faktor tertentu, carilah penerbit lain yang lebih memahami kehendak kita. Yang penting jangan berputus asa. Ada sinar menanti di sebalik kepayahan yang dialami.

Setelah diterbitkan, saya seperti tidak percaya apabila buku ini lulus penilaian Perpustakaan Negara Malaysia untuk dibeli bagi dibekalkan ke perpustakaan desa di seluruh negara. Dan kemudian saya dijemput untuk ditemu bual dalam rancangan Apa Kata Wanita TV1 yang membicarakan tajuk Program Latihan Khidmat Negara.

Saya harus berterima kasih kepada mama yang tidak jemu membantu saya sehingga buku ini dapat diterbitkan. Saya banyak menyusahkan mama...maaf ya .. tetapi mama tidak kisah kan kerana mama mahu melihat saya menjadi penulis tersohor. Satu harapan yang sangat tinggi dan berat bagi saya untuk mencapainya....

No comments:

Post a Comment