Saturday, January 30, 2010
Diari Khidmat Negara di TV1
Thursday, January 21, 2010
On air di TV1
Assalamualaikum.....
Untuk kawan-kawan yang tak berpeluang menonton siaran Apa Kata Wanita (AKW) di TV1 Sabtu dan Jumaat lalu, di sini saya uploadkan gambar-gambarnya. Rancangan pada hari itu berkisar mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Tetamu yang ditemu bual ialah DUA JURULATIH WANITA, saya sebagai bekas pelatih dan penulis buku DIARI KHIDMAT NEGARA dan wakil IBU dan BAPA pelatih, iaitu PAPA dan MANA saya.
Zamzarina menemubual dua jurulatih wanita.
Zamzarina menemu bual seorang pelatih lelaki.
"Anda mesti gembira apabila ditawarkan untuk mengikuti PLKN?"
Pelatih itu pantas menjawab, "tidak," sambil disambut deraian katawa penonton.
"Kenapa?" Soal Zamzarina.
"Sebab mula-mula tu saya berasa takut...tetapi setelah menyertai, barulah saya tahu program ini amat menyeronokkan..."
Zamzarina membaca petikan bab Cinta Kontrak - Cinta Tiga Bulan, dalam buku Diari Khidmat Negara, tulisan ILIYANA. Beliau cuba mencungkil lebih lanjut mengenai kisah berkenaan dalam temu bual bersama penulis di studio.
ILIYANA, penulis Diari Khidmat Negara tenang menjawab setiap soalan yang diajukan Zamzarina. Kisah`Cinta Kontrak' dalam bab ASAM GARAM sengaja diwujudkan untuk menyedapkan pembacaan. Cinta kontrak hanyalah istilah sensasi yang diberi oleh pengarang untuk menggambarkan kebanyakan daripada mereka sempat bercinta tiga bulan saja, setelah tamat latihan mereka kemudian berpisah mengikut haluan masing-masing. Pun begitu mungkin juga ada masih menghubungi di antara satu sama lain selepas itu.
Penonton Persatuan Wanita dari Kesedar Kelantan dan peserta PLKN wirawati
Disolek sebelum masuk studio
Terlebih solek....tebalnya tetapi dalam TV tak nampak tebal pula...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment