Friday, May 1, 2009

Karya Diari Khidmat Negara



REALITI KENANGAN


(Pelatih Kumpulan 1 Siri , 2010 akan menjalani latihan tidak lama lagi...
Dapatkan buku di atas untuk mengetahui apakah yang anda akan lalui selama tiga bulan di kem PLKN.


BIMBANG, CEMAS dan TAKUT UNTUK MENYERTAI PLKN?

Dapatkan segera buku ini untuk mengetahui perjalanan program latihan dari awal hingga akhir, kegiatan dan situasi sebenar di kem menerusi diari seorang bekas pelatih.

Wirawati Iliyana Hamdan menulis buku ini dalam bentuk novel catatan pengalaman membabitkan watak-watak daripada kalangan rakan selatihan, jurulatih dan warga kem.

Menerusi buku ini beliau memaparkan realiti kehidupan di kem, mendedahkan pengalaman pahit manis dan suka duka sewaktu menjalani latihan tiga bulan di kem PLKN, Tegas Mesra, Selama, Perak.

Paling penting, buku ini turut mengandungi tips/panduan untuk anda menghadapi sesuatu jenis latihan. Persiapkan diri dari segi mental dengan membaca buku ini, yang akan memberi keyakinan kepada anda untuk menyertai latihan berkenaan.

RAKAN SELATIHAN DAN ALUMNI PLKN JUGA WAJAR MENDAPATKAN BUKU INI UNTUK MENGIMBAU KENANGAN ANDA SEWAKTU MENJADI WIRA DAN WIRAWATI.

IBU BAPA CALON PELATIH JUGA TIDAK HARUS KETINGGALAN MEMBACA BUKU INI UNTUK.....



IBU BAPA kepada calon pelatih yang bimbang untuk melepaskan anak anda pergi, juga disaran membaca buku Diari Khidmat Negara ini bagi mengetahui perihal perjalanan latihan dan apa yang akan dihadapi oleh anak anda selama menjalani latihan di kem.

Pelatih siri I, Kumpulan 4, 2007 ini mengambil inisiatif membukukan pengalamannya, dalam usaha untuk berkongsi keseronokan sewaktu menjalani latihan berkenaan. Buku ini merungkai persoalan mengenai apakah yang dilakukan pelatih selama tiga bulan di kem, di samping mengandungi luahan isi hati, pandangan, panduan dan nasihatnya kepada bakal pelatih.

“Coretan ini adalah memori cukup indah dan bernilai bagi saya setelah berjaya menamatkan latihan yang sedikit sebanyak telah mengubah sikap peserta mengenai disiplin dan cara hidup yang perlu dihayati,” kata Iliyana.


Pelbagai panduan yang diberi, akan menghapus segala kebimbangan di kalangan bakal pelatih dan ibu bapa, sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk menyahut panggilan menyertai program berkenaan.

Buku 234 muka surat ini mengandungi 72 kisah yang ditulis di bawah 18 pembahagian bab utama meliputi Prolog, Debar Menanti, Hari-Hari Terawal, Latihan - Modul Pembinaan Karakter, Modul Kenegaraan, Modul Fizikal (tiga bahagian), Modul Khidmat Komuniti, Hari Terbuka, Aktiviti Kebudayaan, Asam Garam, Penamat Modul Fizikal, Hari Penutup, Berpisah Jua, Petikan Akhbar, Konsep PLKN dan Ke Mana Selepas ini?
Tajuk: Diari Khidmat Negara, 234 muka surat


* Keterangan lanjut, hubungi 013-3310221.
* Sebarang ulasan/permintaan boleh juga di e-mel kepada diarikhidmatnegara@gmail.com atau tulis di ruangan comment menerusi laman blog ini.

* Jika tidak didapati di kedai buku berhampiran kawasan anda, boleh buat pesanan melalui pos dengan mengikut peraturan di bawah.


Pembelian terus daripada penulis MELALUI POS
RM25 (Semenanjung)
RM27 (Sabah dan Sarawak)
Harga di atas sudah termasuk kos pos

HARGA DI KEDAI BUKU: RM27.90 (Semenanjung)
RM29.90 (Sabah dan Sarawak)

Sebaik sahaja selepas wang dimasukkan, maklumkan menerusi emel/nombor telefon
013-3310221 mengenai perkara berikut:





l


Muka dalam.......






3 comments:

  1. woii...
    bdak skol rendah aku nh...
    da nak femes eh skang...

    ReplyDelete
  2. Tahniah di atas penghasilan buku ini.

    ReplyDelete
  3. Salam
    Tahniah!!!
    Nak tumpang sikit kat sini untuk sebarkan berita baik kepada ibubapa dimana anak-anak mereka akan menyertai PLKN pd tahun depan. Thanks n allah bless u...;-)

    CEGAH SEBELUM PARAH! IBUBAPA TAK PERLU BIMBANG SEBAB PROTECUR100 & NEIBAC5 AKAN MEMBANTU ANAK-ANAK ANDA UTK MENYERTAI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN)DENGAN KESIHATAN YANG BAIK DAN CERGAS.

    Ibubapa tak perlu risau dan bimbang apabila menghantar anak-anak mereka mentertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) kerana kerajaan dapat mengawal penyakit2 yang melanda negara kita seperti H1N1 INFLUENZA dan wabak TAUN/KOLERA yang sedang mengganas ini.

    Dengan mengamalkan Protecur100 atau Neibac5 sebagai pencegah penyakit berjangkit yang digeruni ini, pelajar-pelajar juga akan lebih bertenaga, sihat, cergas, aktif dan tidak mudah dijangkiti bakteria, virus dan sebagainya.

    Apabila bersenam dan melakukan aktiviti berat, tahap pertahanan badan(antibodi) akan menurun dan ketika itulah bacteria atau virus akan meluru masuk kedalam sistem badan lalu mengakibatkan jangkitan penyakit berlaku.

    Protecur100 adalah NATURAL IMMUNE BOOSTER, NATURAL ANTIBIOTIK dan ANTI MICROBIAL yang tidak akan menjejaskan kesihatan seperti antibiotik dari makmal. 2 ke 4 titik Protecur100 dalam air(500ml) akan membersihkan air dari kuman bakteria yang merbahaya. Neibac5 adalah semburan yang dapat membunuh sesetengah bakteria secara terus seperti E-Coli, Klebsialla Pneumonia,Salmonella dan lain-lain lagi.

    Dengan adanya produk2 begini, risiko berlakunya
    KERACUNAN MAKANAN, DEMAM, BATUK, SAKIT KERONGKANG, ASMA dan lain-lain lagi penyakit berjangkit yang membahayakan kesihatan dapat dikawal.

    Adalah wajar sebagai ibubapa bimbang dan risau akan keselamatan anak kesayangan mereka tambahan pula dalam keadaan yang agak cemas dimana H1N1 dan TAUN KOLERA sedang bermaharajalela dimana-mana sahaja.

    "Mencegah adalah lebih baik dari merawat". Itulah tindakan bijak yang patut diamalkan untuk memupuk keluarga sihat dan harmoni.

    Berilah yang terbaik untuk orang yang anda sayang, insyaallah Allah SWT akan beri ganjaran sewajarnya.

    Student Special Offer!

    Pelajar-pelajar yang dipilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) akan diberi 30% diskaun untuk setiap satu set.

    PROTECUR100 - RM38
    NEIBAC5 - RM69
    Jumlah = RM107 - (32.10)30%
    Jumlah yang perlu dibayar = RM74.90
    Penghantaran Poslaju = RM5

    www.PROTECUR.com
    Terima Kasih

    ReplyDelete